Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

si cantik dan si macho

suka tak blog nih?? kalau suka like laaa :)

Sunday, July 29, 2012

Cintai Rasulullah



Jika engkau (wahai Muhammad), beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata, "sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu" dan mereka berpaling, (meninggalkanmu) sambil mereka gembira.
(surah At-Taubah ayat 50)


Cintailah Rasulullah kerana Baginda begitu menyayangi kita. 

Daripada Abbas r.a Rasulullah bersabda :

"Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat adalah 
MUHAMMAD S.A.W
Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor burung 
Israfil membawa bendera dan mahkota
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara : " wahai roh yang baik, kembalilah kau ke tubuh yang baru"
Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga sewaktu Rasulullah berdiri, baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda.
Baginda melihat kiri dan kanan baginda dapati tiada lagi bangunan.
Baginda menangis sehingga mengalir air mata ke pipi.
Baginda S.A.W bersabda; "wahai kekasihku Jibril a.s gembirakanlah aku.
Jibril a.s berkata: "apa yang kamu lihat di hadapan mu?"
Baginda S.A.W bersabda: "bukan itu pertanyaanku"
Jibril a.s berkata; "tidakkah kamu melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda S.A.W bersabda: "bukan itu pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. 
Di mana perjanjian mereka?
Baginda S.A.W bersabda lagi; "akan nescaya, kuatlah pertolongan pada hari ini, aku akan mensyafaatkan UMATKU.
Jibril a.s menyeru: "wahai sekalian makhluk!"datangalah kamu di tempat perhimpunan yang telah disediakan Allah Taala."
Umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa dengan satu satu umat, Baginda bertanya "dimana Umatku?"
Jibril berkata " Umatmu adalah Umat yang terakhir
Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru "tempatmu!"
Maka Nabi Isa as dan jibril menangis.
Nabi Muhammad S.A.W berkata: "mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril as bertanya "bagaimana Umat mu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya; "dimana umatku?"
Jibril as berkata : "mereka semua sedang datang, mereka jalan lambat dan pelahan"
Apabila mendengar cerita demikian Nabi Muhammad menangis lalu bertanya:
"wahai jibril, bagaimana umatku yang telah membuat dosa?"
Jibril berkata:"lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W"
Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa . Mereka menangis serta memikul beban di belakang mereka sambil menyeru "wahai Muhammad,"
Nabi Muhammad berkata: "wahai Umatku"
mereka datang ke sisinya, umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman dalam keadaan Dia mengetahui sesuatu yang tersembunyi, 
"Dimana umat Muhammad SAW?"
Jibril berkata "mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala  berfirman: " Wahai Jibril! katakanlah pada kekasihku Muhammad SAW, mereka akan datang untuk ditayangkan di hadapanku"
Jibril as kembali dalam keadaan menangis ; 
"wahai Muhammad SAW, umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.
Nabi Muhammad berpaling kepada umatnya lalu berkata:
"sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Allah berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu, dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka kepadaKu."

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. 
Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku..Penguasaku..Penghuluku..Aku tidak meminta untuk diriku.sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu.

Ketika itu jugalah Neraka Jahanam menyeru:
"siapakah yang berbuat syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku..Penguasaku..Penghuluku..sesungguhnya selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari kepanasanku,bara apiku, penyiksaanku, dan azabku, sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah, Mereka tidak akan sabar dengan penyiksaan."
Nabi Muhammad SAW bertambah sedih.Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. 
sekali Nabi Muhammad bersujud di hadapan Arsy Allah SWT.
dan sekali lagi baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat kelu kesah dan tangisannya. 

Mereka berkata : "wahai Maha Suci Allah. Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu ambil berat tentang umatnya.
Fatimah as berkata : "bagaimana aku hendak mendapatkan mu di hari kiamat nanti wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "kamu akan menjumpaiku di telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. 
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata :
"ini Umat Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi Adam as berkata kepada Nabi Muhammad SAW, "Ini umatmu wahai Muhammad! mereka dikelilingi mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Mari kepadaku wahai umatku, Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku, Aku tidak pernah lari dari kamu, melainkan aku sentiasa meminta kepada Allah Taala untukmu" 
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul disisinya.
Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik: "wahai Malik dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepas, jika tidak hati mereka akan gementar melihat wajahmu. 
Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. setiap kali Baginda SAW melihat seorang dari umatnya bargayut di atas Sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. 

Nabi Muhammad SAW berkata:
"Tuhan! Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka!"

Sayangnya Nabi Muhammad kepada kita.



1 comment:

Anonymous said...

begitu besarnya pengorbanan rasulullah.