Untuk sekian lama terputus hubungan rakan sekelas, hari ini aku dikejutkan dengan khabar berita yang tidak diingini. Dia pelajar sekolah MGSS beberapa tahun dahulu kini dikejarkan ke hospital. Nota dibawah ini adalah bertarikh 23 January 2013.
Dear MGSS friends: especially my batch Nabihah Ismail who was in MGSS for a few years before moving to asrama in form4. please read this. thank you.
Assalamualaikum wbt.
Saudara seiman dan seakidah sekalian,
Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Tahun 1 Perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland, Dublin iaitu Saudari Nabihah Ismail
telah dimasukkan ke Beaumont Hospital kerana disyaki Ketumbuhan Otak dan hasil diagnosis MRI akan diketahui hari ini.
Ibu (yang merupakan Ibu Tunggal) dan kakak Saudari Nabihah akan tiba di Dublin pada pagi ini dan akan menyewa Bed and Breakfast di sekitar Beaumont Hospital untuk sepanjang mereka di Dublin.
Kos penginapan mereka adalah sebanyak lebih kurang 100 euro sehari untuk 2 orang iaitu berjumlah 1600 euro untuk lebih kurang 2 minggu tidak termasuk makan dan minum.
Untuk makluman, kos pembedahan, rawatan dan tiket penerbangan ibu dan kakak saudari Nabihah akan ditanggung oleh MARA (penaja beliau) dan Embassy Malaysia namun kos kos lain tidak dapat ditanggung MARA.
Sehubungan dengan itu, saya sedang berusaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan keluarga ini dengan bantuan dari sahabat-sahabat yang sedang menuntut di UK dan Ireland.
Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Pengarah MARA Ireland, Encik Azlan bin Othman (+ 353 87 1614582)
Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun
Republic of Ireland Bank Account
BANK NAME: AIB Bank, Baggot Street
No Account: 25338189
NSC: 931012
Nama: Nor Azimah Ahmad Roslan
Please enter statement as ‘Bantuan Nabihah Ismail’
United Kingdom Bank Account
Acc Name: ISMA Eropah
Bank Name : Lloyds TSB
.Sort Code: 30-97-51
Acc No. : 37034468
Please enter statement as ‘Bantuan Nabihah Ismail’
Mari kita doakan agar saudari Nabihah Ismail dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment